-->
Nana:)

Saturday, 7 April 2012

Marie kyta sma2 tutop aurat k...

Assalamualaikum....
JAGALAH AURATMU..!










tidak lain tidak bukan tentang aurat wanita kini yang tidak terjaga dan tidak memenuhi tuntutan Islam yang sebetulnya. bila sebut tentang aurat, ianya lebih menyentuh kepada golongan wanita. itulah yang dihadapi kebanyakkan lelaki kini, samada yang sudah berkahwin mahupun belum. Mereka sukar menahan gelojak nafsu. Seram mendengarnya.

Perubahan sememangnya nana akui perlu di lakukan sedikit demi sedikit. Nana juga dulu begitu, terpengaruh dengan fesyen2 masa kini yang menggalakkan wanita2 kini berpakaian dengan fe
syen yang kadangkala melebihi dari tingkah seorang wanita muslimah. Namun dengan perubahan waktu Nana berjaya mengatasi. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang diberi ALLAH, Nana berjaya menepis sedikit demi sedikit. Nana yakin ramai wanita muslimah di luar sana yang sangat ingin berpakaian sebetulnya tapi  kerana desakan nafsu untuk berfesyen semasa menghalang diri.

Sangat sejuk mata memandang mereka yang berpakaian longgar dan bertudung labuh. Benar2 mahu jadi seperti mereka dan sentiasa bersederhana. Satu lagi kadang2 ramai orang yang mempertikaikan contohnya, " ala, tak semestinya orang yang bertudung labuh tu baik, kadang2 mengata orang juga, dating juga, bgus tak payah ".aduii janganlah berkata begitu, sedih dengar. kenapa kita perlu menyalahkan pada cara luarannya, ALLAH memandang pada hati dan akhlak seseorang itu, bukan dari luarannya.

Memang langkahan kaki kita menuju jalanNya, akan jadi sangat-sangat mudah. bila tekad sudah ditanam, biarpun beronak badai akan ditempuh. Jangan pernah takut mulakan langkah menuju kebaikkan, kerana ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya. Semoga ALLAH sentiasa menetapkan iman dalam jiwa kita, dan sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH.

Kepada wanita2 di luar sana, marilah kita sama2 berusaha menjadi wanita2 solehah dengan menjaga diri kita dan tutuplah auratmu, semoga dijauhkan dari fitnah dunia dan membantu lelaki2 di luar sana menjaga pandangan mereka dan menjauhkan dari berlakunya lebih banyak kegiatan2 sosial yang akhirnya memusnahkan kehidupan sendiri. Moga kita semua diberi kekuatan untuk berubah ke jalan yang lebih baik sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini dan menuju akhirat yang kekal abadi.




Posted by Nurliyanah Pancho at 02:25
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
welcome..i'm nurliyanah
Nama saye Nurliyanah Pancho,just call me Nana..Follow me if eu like my blog ok..Luv eu
Nurliyanah Pancho

Create your badge

Get a Glitter Calendar Click Here

Followers

  • ▼  2012 (8)
    • ►  May (1)
    • ▼  April (3)
      • Borink tahap gaban...
      • x pya nak jge hal org boleh tak...???
      • Marie kyta sma2 tutop aurat k...
    • ►  March (4)

suka lagu nie


Selena Gomez - Who Says

Powered by Blogger.